Hi readers,

This is my most recent visit to this special location @ Grik, Perak via Lenggong. As most of my blogs and pages are written in English, i choose to do this one in Bahasa Melayu. I do hope my readers will enjoy this collection of my visitation  to this special place @ Grik, Perak, Wat Luang Pho Thuad.

Menjadi reliti dan kenyataan

Keinginan saya untuk melawati ke tempat ini sejak dari hari saya membacanya di salah satu blog bagi peminat-peminat Maha Guru Somdej Luang Pho Thuad dan matlukmat yang telah dipaparkan dalam blognya memang memberi semangat kepada seseorang yang juga peminat kepada maha guru ini. Tarikan hati saya untuk melihat dan melawat ke tempat yang disebutnya dengan mata kita sendiri memang memotivasi dari hari ke hari. Arkib blog juga memaparkan banyak imej-imej yang diambil oleh blogger semasa lawatannya ke Wat Luang Pho Thuad dan dipaparkan di internet tetap membuatkan hati saya membara dengan  keinginan melihat Wat Luang Pho Thuad dan cukup membuatkan saya berangan-angan berada dah ke kawasan tersebut. Sedemikian, hajat saya tercapai dan menjadi reliti juga akhirnya. Dalam blog nie, saya ingin bercerita demi sikit pasal pengembaraan saya ke Air Kala, Grik Perak baru-baru nie. Saya harap blog saya nie dapat memberi sikit sedikit info tempat ini dan rangsangan kepada sesiapa yang belum lagi sampai ke sini.....tempat bertapah dan maha samadi bagi guru yang mempunyai 500tahun sejarahnya.

Perjalanan saya bermula dari Pulau Pinang dengan memakan masa selama 2 jam 1/2 ke Air Kala via Lenggong, via Kuala Kangsar.   

 

Exit dari Expressway, PNG to K.Kangsar.  Perjalanan menyambung dari sini ke Lenggong mengambil masa lebih 30minit.

Suasana disini memang menarik dan jugak banyak berbukit-bukau kerana disinlah permulaan bagi banjaran Titiwangsa, kot!

Di bandar Lenggong, saya terus ke restoran Khen Pang yang seperti ceritakan oleh bloggers  pasal restoran ni terkenal untuk berbola ikan. Suasana didalam restoran sama dengan restoran lain dan tanpa membazir masa, saya telah memesan berbola ikan tersebut hanya kerana saya ingin nak tahu apakah rasanya sehinggalah blogger menceritakan keistimewaannya.

Berbola ikan ni sebenarnya tidaklah begitu hebat, biasa jer taste nya. Inilah makan tengahari saya, simple and humble lunch!

Wantan mee kat depan restoran Khen Pang lebih sedap lagi berbanding bola-ikan. Ni i rcommend you all to makan kat sini.  

  

Ok, perjalanan saya ke Wat Laung Pho Thuad dari bandar Lenggong mengambil masa lebih kurang 30minits.

 Dari kiri, kamu akan terjumpa papan tanda seperti di gambar sebelah. Dari sini, cuma 150meter jer, sampailah ke pintu masuk Wat.

Beginilah rupanya, pintu masuk Wat Luang Pho Thuad. Keadaan disini waktu saya sampai, agak senyap dan relax. 

 
 
Make a Free Website with Yola.